Wednesday, October 22, 2008

kumpulan kata-kata bijak pandai perhal wanita

Assalamulaikum atau selamat sejahtera..

Panggil saya umie sahaja, umie amat tertarik dengan kata-kata bijak pandai mengenai wanita. Oleh sebab itu umie amat terpanggil membina blog ini. Bagi umie wanita patut dilindungi dengan kasih sayang dan cinta agar kes-kes penderaan makin terhapus. Mungkin kita tidak dapat membantu dengan wang ringgit atau tenaga, moga-moga dengan ini kita dapat memberi kesedaran betapa pentingya wanita di dalam pembangunan keluarga atau sesebuah negara. Di sini saya ingin bermula dengan kata-kata mutiara tentang wanita...


►Wanita diciptakan bukan dari tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan juga dari rusuk bawah untuk dipijak tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada/hati yang berdekatan dengan tangan bermakna tangan yang memebelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang


►Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak meneteskan airmata,itubermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



►Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



►Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



►Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka yang bermain-main dengan kawan mereka yang paling cantik.



►Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Jumpa lagi nanti..

No comments: